PENGGUNAAN S-BOX BAGI PENYELESAIAN MASALAH
PENGATURCARAAN KOMPUTER
Abstrak
Synder (2000) menyatakan
belajar pengaturcaraan berupaya membangkitkan kebolehan intelek seperti
menyelesaikan masalah am, methodological reasoning dan berfikir secara logikal,
berkeupayaan memahami dan mengurus sistem maklumat moden kompleks secara
intrinsik. Justeru itu, penggunaan S-Box
mampu membantu para pelajar menyelesaikan masalah Pengaturcaraan Komputer dan
berfikir secara logik. Sampel kajian ini
terdiri daripada 120 orang pelajar yang mengambil subjek Sains Komputer. Secara
keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan peningkatan pelajar dalam menyelesaikan masalah
pengaturcaraan Dapatan kajian ini dapat
memberi implikasi bahawa proses pengajaran dan pembelajaran perlu memberikan
penekanan kepada proses dan strategi penyelesaian masalah khususnya bagi topik
Pengaturcaraan Komputer. Seterusnya,
diharapkan sumber manusia yang dihasilkan dapat memenuhi ciri-ciri yang
diperlukan oleh persekitaran yang mencabar pada abad ke-21.
Kata kunci : penyelesaian
masalah, pengaturcaraan komputer, proses pemikiran
Objektif
Objektif
penghasilan S-Box ini adalah untuk :
1. Membantu
pengaturcara novis menghubungkaitkan langkah-langkah dalam penyelesaian masalah
pengaturcaraan.
2. Melatih
pengaturcara novis untuk menggunakan nama pembolehubah yang sama sepanjang
proses penyelesaian masalah.
3. Dapat
membangunkan pengaturcaraan yang ringkas dengan mudah.
Kumpulan Sasaran
Pelajar PDT 4 Sesi 2015/2017 dan PST 2 sesi 2016/2017
No comments:
Post a Comment