Pernyataan Masalah




Elemen penyelesaian masalah merupakan elemen yang amat penting dalam kurikulum pengaturcaraan komputer kerana pengaturcaraan komputer merupakan satu kaedah penyelesaian masalah (Linn 1985). Caroll (1990) mengatakan membelajar sesuatu yang baru secara amnya adalah sukar dan membantu seseorang untuk belajar amatlah sukar. Membelajari pengaturcaraan komputer merupakan satu contoh yang baik. Topik Pengaturcaraan merupakan suatu tajuk yang baru bagi para pelajar matrikulasi. Pelajar perlu memahami kenyataan masalah, mengenalpasti kehendak masalah, menyatakan output yang dikehendaki, mengenalpasti input dan menyatakan operasi ke atas input, seterusnya memindahkan ke dalam bentuk analisis Input Proses Output (IPO).

Masalah-masalah yang telah dikenalpasti semasa sesi PdP adalah seperti berikut:


  • pelajar tidak dapat mengenalpasti dengan tepat input, proses dan output berdasarkan situasi yang diberi.
  • pelajar menggunakan nama pembolehubah yang berlainan sepanjang proses penyelesaian masalah.
  • pelajar menghadapi masalah untuk memindahkan algorithm (pseudocode atau flowchart) ke pengaturcaraan.






No comments:

Post a Comment